Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PEMAJUAN PERUMAHAN (KAWALAN DAN PELESENAN)(PINDAAN) 2015
Seksyen 3
Peraturan 4 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “boleh dibuat tidak lewat daripada enam puluh (60) hari sebelum tarikh habis tempoh dengan perkataan
“hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh habis tempoh”;
(b)
dengan menomborkan semula subperaturan (1A) yang sedia ada sebagai subperaturan (1B); dan
(c)
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:
“(1A) Suatu permohonan untuk pembaharuan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat oleh pemaju perumahan berlesen sehingga perakuan siap dan pematuhan diberikan atau diluluskan;”.
Pindaan peraturan 5