Skip to content

Seksyen 2

Penepian fi

of Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Penepian Fi Kepada Pelatih di Pusat Bertauliah) 2013

P.U. (A)In forceProvision 2 of 3
Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), fi yang ditetapkan dalam butiran 3(a)(i) Jadual kepada Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran

Kebangsaan (Fi dan Caj) 2006 [P.U. (A) 409/2006] diketepikan berkenaan dengan seseorang pelatih yang memohon Sijil Kemahiran Malaysia melalui pusat bertauliah sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual.

(2)

Penepian fi di bawah subperaturan (1) terpakai bagi Sijil Kemahiran

Malaysia berhubung dengan latihan kemahiran yang telah bermula atau bermula pada mana-mana tarikh dalam tempoh tiga tahun sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual.