Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (PENEPIAN FI KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN KEMAHIRAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN ATAU ANTARABANGSA) 2013

Seksyen 2

Penepian fi

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), fi yang ditetapkan dalam butiran 3(a)(ii), (b)(ii) dan (c)(ii) Jadual kepada Peraturan-Peraturan Pembangunan

Kemahiran Kebangsaan (Fi dan Caj) 2006 [P.U. (A) 409/2006] diketepikan berkenaan dengan seseorang yang memohon supaya kemenangannya dalam suatu pertandingan kemahiran di peringkat kebangsaan atau antarabangsa diberikan pengiktirafan pencapaian kemahiran terdahulu yang membawa kepada anugerah Sijil Kemahiran

Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Penepian fi di bawah subperaturan (1) terpakai bagi pengiktirafan pencapaian kemahiran terdahulu berhubung dengan apa-apa kemenangan dalam pertandingan kemahiran di peringkat kebangsaan atau antarabangsa yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah dan yang diadakan mulai 1 Januari 2011.

Pembayaran balik fi

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (PENEPIAN FI KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN KEMAHIRAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN ATAU ANTARABANGSA) 2013