Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (PENEPIAN FI KEPADA PUSAT BERTAULIAH) 2019

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), pengenaan fi yang ditetapkan dalam butiran 2(a) Jadual Ketiga kepada Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran

Kebangsaan (Fi dan Caj) 2016 [P.U. (A) 86/2016] diketepikan terhadap Formis Manpower

Co. Ltd. (Nombor Pendaftaran Syarikat: 158MOLVT/P) apabila memohon pengiktirafan kemahiran bagi program antarabangsa di luar Negara yang berhubungan dengan penentusahan luaran bagi maksud penilaian dan persijilan pelatih.

(2)

Penepian yang disebut di bawah subperaturan (1) adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:

(a)

permohonan yang dibuat adalah untuk pelatih berwarganegara Cambodia;

dan

(b)

bilangan minimum pelatih yang baginya permohonan itu dibuat ialah 20 orang.

P.U. (A) 198 3

Dibuat 11 Julai 2019

[KSM/PUU(S)600-1/2/16/1; PN(PU2)655/V]

M.KULASEGARAN

Menteri Sumber Manusia

P.U. (A) 198 4

NATIONAL SKILLS DEVELOPMENT ACT 2006

NATIONAL SKILLS DEVELOPMENT (WAIVER OF FEE TO ACCREDITED CENTRE)

REGULATIONS 2019

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (PENEPIAN FI KEPADA PUSAT BERTAULIAH) 2019