Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (PENGIKLANAN) 2022
Seksyen 2
Tiap-tiap iklan mengenai pusat bertauliah atau program bertauliah oleh penyedia latihan kemahiran hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:
(a)
nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat penyedia latihan kemahiran;
(b)
kod pusat bertauliah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah kepada penyedia latihan kemahiran;
(c)
nama dan kod program bertauliah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah;
(d)
alamat premis, nombor telefon dan alamat e-mel pusat bertauliah; dan
(e)
apa-apa maklumat lain yang ditentukan oleh
Ketua
Pengarah sebagaimana yang disiarkan dalam laman sesawang rasmi
Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
P.U. (A) 148 3
Bahasa