Seksyen 3
Tatacara mengkompaun
of Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pengkompaunan Kesalahan) 2020
(1)
Apabila menerima maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dalam Borang PKK(K) 2 Jadual Kedua.
(2)
Suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah bagi tempoh empat belas hari atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh empat belas hari atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh
Ketua Pengarah, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.
P.U. (A) 184 3