Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2020
Seksyen 5
Pembayaran kompaun
(1)
Jika suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu secara kiriman wang, arahan bank atau draf bank dipalang dengan perkataan
“Akaun Penerima Sahaja” yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi untuk tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.
Pendakwaan boleh dimulakan jika tiada pembayaran dibuat