Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELESENAN) 2016

Seksyen 10

(1)

Tiap-tiap pemegang lesen mineral atau lesen memproses mineral hendaklah, dalam tempoh satu bulan daripada berlakunya apa-apa perubahan dalam butir-butir lesen, memaklumkan perubahan itu secara bertulis kepada Pengarah.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Penggantian lesen

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELESENAN) 2016