Skip to content

Seksyen 13

Kesahan lesen

of Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Pelesenan) 2016

P.U. (A)In forceProvision 13 of 24
Seksyen 13

(1)

Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan bagi aktiviti yang disebut dalam perenggan 6(1)(a) sah untuk suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun.

(2)

Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan bagi aktiviti yang disebut dalam perenggan 6(1)(b) sah untuk suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun.

(3)

Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan bagi aktiviti yang disebut dalam perenggan 6(1)(c) sah untuk suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan.

(4)

Walau apa pun subperaturan (3), jika suatu lesen mengangkut mineral telah digunakan oleh mana-mana orang untuk mengangkut mineral, lesen itu tidak boleh digunakan lagi bagi pengangkutan mineral yang seterusnya.