Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(1)
Seorang pemegang lesen mineral atau lesen memproses mineral atau pengurus premis yang dilantik di bawah peraturan 18 hendaklah―
(a)
mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat di premis yang dinyatakan dalam lesen; dan
(b)
menunjukkan lesen bagi maksud pemeriksaan apabila diminta oleh mana-mana pegawai galian.
(2)
Mana-mana orang yang mengangkut mineral hendaklah menunjukkan lesen mengangkut mineral bagi maksud pemeriksaan apabila diminta oleh mana-mana pegawai galian.
(3)
Mana-mana pemegang lesen mineral atau lesen memproses mineral atau pengurus premis yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
P.U. (A) 337 14
(4)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pelantikan pengurus premis