Malaysia legislation

Section 21

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELESENAN) 2016

Seksyen 21

(1)

Pemegang lesen mineral yang menjalankan aktiviti penyimpanan mineral dan pemegang lesen memproses mineral atau pengurus premis hendaklah menyenggara rekod operasi yang terkini dan benar mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Pemegang lesen mineral yang menjalankan aktiviti penyimpanan mineral dan pemegang lesen memproses mineral atau pengurus premis hendaklah memastikan bahawa rekod operasi tersedia pada bila-bila masa yang munasabah bagi maksud pemeriksaan oleh mana-mana pegawai galian.

(3)

Mana-mana pemegang lesen atau pengurus premis yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Fi

Section 21 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELESENAN) 2016