Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELETUPAN) 2013

Seksyen 2

Tafsiran

“aktiviti peletupan” ertinya penyimpanan, pengendalian, pengangkutan, penyediaan, pencetusan dan penggunaan bahan letupan;

“bahan letupan” ertinya suatu bahan, termasuk peledak, yang dibuat atau digunakan untuk menghasilkan letupan melalui ledakan atau pembakaran dan yang dikawal selia oleh Akta Bahan Letupan 1957 [Akta 207];

“kawasan bahaya” ertinya zon yang di dalamnya wujud kemungkinan mudarat kepada orang atau harta akibat daripada batu terbang, ledakan udara atau gegaran bumi;

“kawasan peletupan” ertinya zon yang menjangkaui sekurang-kurangnya sepuluh meter dalam semua arah dari lubang letupan yang terdekat yang di dalam zon itu bahan letupan disediakan, dikendalikan atau dicas untuk pembedilan;

6

“magazin” ertinya suatu tempat atau struktur yang dilesenkan di bawah Akta

Bahan Letupan 1957 yang di dalamnya bahan letupan disimpan;

“operasi peletupan” ertinya mana-mana operasi yang melibatkan bahan letupan atau aksesori letupan yang dikendalikan dari masa bahan letupan atau aksesori letupan itu tiba di kawasan yang hendak diletupkan sehingga semua bahan letupan digunakan;

“Panel” ertinya Panel Perakuan yang ditubuhkan di bawah peraturan 15;

“peledak” ertinya suatu peranti yang digunakan untuk membedil suatu cas;

“pembedil” ertinya seseorang yang memegang perakuan pembedil yang sah yang dikeluarkan oleh Panel;

“pemegang lesen” ertinya pemegang lesen mencari gali atau penjelajahan, lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong;

“pengurus” ertinya Pengurus yang dilantik di bawah Akta Pembangunan

Mineral 1994;

“penyebuan” ertinya meletakkan peledak di dalam bahan letupan bagi penggunaan semasa cetusan;

“perakuan” ertinya perakuan pembedil yang diberikan di bawah peraturan 19;

“salah cetus” ertinya suatu kejadian berhubung dengan bedilan tembakan yang—

(a)

ujian sebelum bedilan mendedahkan kesinambungan yang terputus yang tidak boleh dibaiki; atau 7

(b)

bahan letupan atau mana-mana bahagian bahan letupan gagal untuk meledak apabila cubaan untuk membedilnya dibuat.

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELETUPAN) 2013