Malaysia legislation

Section 26

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELETUPAN) 2013

Seksyen 26

(1)

Pemegang lesen hendaklah mengambil segala tindakan perlu untuk memastikan bahawa pembedil hendaklah mematuhi butir-butir yang berikut:

(a)

tiada kemudahan penyimpanan bagi ammonium nitrat boleh didirikan di atas mana-mana tanah di bawah lesen penjelajahan,

24

lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah;

(b)

tiada bahan selain ammonium nitrat boleh disimpan dalam kemudahan penyimpanan;

(c)

apa-apa bahan mudah terbakar atau barang atau benda yang berkemungkinan boleh menyebabkan kebakaran atau ledakan hendaklah dijauhkan dalam jarak enam meter daripada kemudahan penyimpanan itu dan notis mengenainya hendaklah dipamerkan secara mudah dilihat;

(d)

bahagian dalam kemudahan penyimpanan hendaklah kering, bersih dan dialih udara secukupnya; dan

(e)

bahagian luar kemudahan penyimpanan hendaklah disenggarakan dengan baik, dibersihkan, disalirkan secukupnya, dipagar dan dilengkapkan dengan sistem kebakaran.

(2)

Dalam peraturan ini, “kemudahan penyimpanan” ertinya suatu tempat atau struktur yang di dalamnya ammonium nitrat disimpan.

Kewajipan tentang menguruskan pencampuran ammonium nitrat dan minyak bahan api

Section 26 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELETUPAN) 2013