Seksyen 27
Kewajipan tentang menguruskan pencampuran ammonium nitrat dan minyak bahan api
of Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Peletupan) 2013
(1)
Pemegang lesen hendaklah mengambil segala tindakan perlu untuk memastikan bahawa pembedil mematuhi butir-butir seperti yang berikut:
(a)
pencampuran ammonium nitrat dan minyak bahan api hendaklah dijalankan hanya di bawah pengawalseliaannya; dan 25
(b)
ammonium nitrat dan minyak bahan api hendaklah dicampurkan sebagaimana yang dikehendaki dan mencukupi hanya untuk penggunaan semasa dan apa-apa lebihan hendaklah dimusnahkan.
(2)
Pemegang lesen hendaklah mendapat kelulusan terdahulu daripada
Penolong Pengarah jika apa-apa operasi peletupan memerlukan penyimpanan campuran ammonium nitrat dan minyak bahan api.