Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELETUPAN) 2013

Seksyen 3

(1)

Pemegang lesen yang berhasrat menggunakan bahan letupan hendaklah mengemukakan suatu pelan pengurusan peletupan kepada Penolong Pengarah untuk kelulusan.

(2)

Pelan pengurusan peletupan hendaklah disediakan oleh seorang perunding yang ialah seorang jurutera profesional perlombongan atau sumber mineral yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

(3)

Pelan pengurusan peletupan hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(a)

prosedur keselamatan untuk penyimpanan, pengangkutan, pengendalian dan penggunaan bahan letupan;

(b)

sistem inisiasi, kekerapan peletupan dan reka bentuk peletupan yang dicadangkan;

(c)

prosedur pembedilan;

(d)

prosedur pengendalian salah cetus;

(e)

kawasan bahaya yang dikenal pasti;

(f)

peruntukan mengenai sistem amaran dan penunjuk;

8

(g)

prosedur untuk memantau dan langkah-langkah untuk mengurangkan ledakan udara, gegaran dan batu terbang akibat daripada suatu letupan;

(h)

prosedur untuk memantau dan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan peletupan kepada orang awam; dan

(i)

prosedur respons kecemasan.

(4)

Apabila menerima pelan pengurusan peletupan, Penolong Pengarah hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari, memutuskan sama ada meluluskan atau menolak pelan pengurusan peletupan itu.

(5)

Pemegang lesen boleh mengemukakan kepada Penolong Pengarah untuk kelulusan suatu ubah suaian pada pelan pengurusan peletupan yang telah diluluskan oleh Penolong Pengarah di bawah subperaturan (4) jika beberapa perubahan berlaku sebelum atau selepas peletupan dilakukan.

(6)

Jika Penolong Pengarah menolak pelan pengurusan peletupan itu atau ubah suaian pelan itu, dia hendaklah memberitahu pemegang lesen tentang keputusannya dan alasan penolakan itu.

(7)

Selepas diberitahu tentang keputusan di bawah subperaturan (6), pemegang lesen boleh mengemukakan suatu pindaan pelan pengurusan peletupan untuk kelulusan Penolong Pengarah dan peruntukan subperaturan (3), (4), (5) dan (6)

terpakai.

(8)

Mana-mana pemegang lesen yang terkilan dengan keputusan Penolong

Pengarah di bawah peraturan ini boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh dia diberitahu tentang penolakan itu, merayu secara bertulis kepada Pengarah yang keputusannya adalah muktamad.

9

(9)

Mana-mana orang yang terlibat dalam aktiviti peletupan hendaklah mematuhi pelan pengurusan peletupan.

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELETUPAN) 2013