Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELETUPAN) 2013

Seksyen 4

(1)

Pemegang lesen hendaklah

(a)

melantik seorang pembedil untuk menjalankan apa-apa operasi peletupan dan jika lebih daripada satu pembedil dilantik, pemegang lesen hendaklah, sebelum permulaan aktiviti peletupan, menetapkan seorang pembedil sebagai pembedil utama;

(b)

melantik seorang pembedil yang bertanggungjawab bagi magazin;

dan

(c)

menyimpan dan menyenggarakan rekod bagi tiap-tiap peletupan yang mengandungi butir-butir dengan cara yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah dan hendaklah dijadikan tersedia untuk pemeriksaan oleh seorang Pegawai Galian serta hendaklah disimpan bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh peletupan.

(2)

Pemegang lesen hendaklah mengambil segala tindakan perlu untuk memastikan bahawa pengurus hendaklah

(a)

menyediakan semua peralatan dan kelengkapan yang perlu untuk memastikan suatu operasi peletupan yang selamat;

(b)

menyediakan atau menyebabkan untuk disediakan suatu siasatan apa-apa aduan yang dibuat yang berhubungan dengan operasi

10

peletupan;

(c)

memastikan penyebaran pelan pengurusan peletupan kepada semua orang yang terlibat dalam suatu operasi peletupan atau yang bekerja dalam kawasan peletupan; dan

(d)

menyediakan pemberitahuan mengenai operasi peletupan kepada pekerja dan mana-mana orang lain yang berkemungkinan akan terjejas oleh operasi peletupan itu.

(3)

Pemegang lesen hendaklah mengambil segala tindakan perlu untuk memastikan bahawa pembedil hendaklah

(a)

menyelia semua operasi peletupan dan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan bahawa semua peringkat operasi peletupan dikendalikan dengan cara yang selamat kepada orang dan harta;

(b)

bertanggungjawab bagi penyimpanan, pengangkutan, pengendalian dan penggunaan selamat bahan letupan; dan

(c)

memberikan maklumat dan arahan yang mencukupi kepada semua orang di bawah seliaannya.

Kewajipan tentang penyimpanan bahan letupan

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELETUPAN) 2013