Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Pemegang lesen hendaklah mengambil segala tindakan perlu untuk memastikan bahawa pembedil hendaklah
(a)
menyimpan semua bahan letupan di dalam suatu magazin tetapi peledak hendaklah disimpan di dalam bilik yang berasingan daripada magazin itu;
11
(b)
memastikan magazin dikunci dan tiada seorang pun boleh memasuki magazin melainkan jika di bawah seliaan pembedil;
(c)
tidak menyimpan bahan-bahan selain bahan letupan dalam magazin;
(d)
menjauhkan apa-apa bahan yang mudah terbakar, atau barang atau benda yang berkemungkinan boleh menyebabkan kebakaran atau ledakan dalam jarak sepuluh meter dari magazin dan notis mengenainya hendaklah dipamerkan secara mudah dilihat di magazin;
(e)
memastikan bahagian dalam magazin hendaklah kering, bersih dan dialih udara secukupnya;
(f)
memastikan persekitaran magazin disenggarakan dengan baik, dibersihkan, disalirkan secukupnya, dipagar dan dilengkapkan dengan sistem kebakaran dan perlindungan kilat; dan
(g)
menyenggarakan suatu rekod bahan letupan dan ammonium nitrat yang sepatutnya yang mengandungi butir-butir yang berikut:
(i)
tarikh, masa, jenis dan kuantiti yang diterima, dikeluarkan dan dilupuskan; dan
(ii)
baki kuantiti dalam stok.
(2)
Tiada magazin boleh dibina di atas mana-mana tanah di bawah lesen penjelajahan, lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah dan mengikut Akta Bahan Letupan 1957 dan kaedah-kaedah atau peraturan-peraturannya.
12
Kewajipan tentang pengendalian bahan letupan