Seksyen 6
Pemegang lesen hendaklah mengambil segala tindakan perlu untuk memastikan bahawa pembedil
of Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Peletupan) 2013
(a)
atau mana-mana orang yang mengendalikan atau menggunakan bahan letupan hendaklah menguruskannya dengan berhati-hati pada setiap masa;
(b)
hendaklah memastikan bahawa semua bahan letupan dikendalikan mengikut arahan pengeluar dan dilindungi daripada apa-apa impak dan pengendalian yang kasar yang boleh menyebabkan ledakan yang tidak disengajakan;
(c)
hendaklah memastikan bahan letupan yang tidak digunakan dalam suatu operasi peletupan dipulangkan ke magazin;
(d)
tidak membiarkan bahan letupan tanpa jagaan di mana-mana tempat di luar magazin atau di dalam atau di sekitar kawasan peletupan; dan
(e)
hendaklah mengendalikan dan melupuskan bahan letupan yang telah buruk atau rosak atau tidak boleh digunakan dengan cara yang selamat yang diluluskan oleh Penolong Pengarah.