Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Pemegang lesen hendaklah mengambil segala tindakan perlu untuk memastikan bahawa pembedil hendaklah
(a)
memastikan kenderaan yang digunakan untuk mengangkut bahan letupan hendaklah—
(i)
dalam keadaan mekanikal yang baik, dijadikan sesuai bagi, dan berupaya untuk, mengangkut bahan letupan dengan selamat; dan 13
(ii)
dilengkapkan dengan jenis pemadam api yang sesuai;
(b)
memastikan bahan letupan hanya diangkut olehnya atau mana-mana orang yang ditugaskan olehnya;
(c)
memastikan tiada orang selain yang ditugaskan olehnya boleh dibenarkan berada di atas kenderaan yang mengangkut bahan letupan;
(d)
memastikan bahan letupan diangkut tanpa kelengahan yang tidak wajar dalam bekas asalnya yang belum dibuka atau dalam bekas sesuai yang dibuat daripada bahan bukan memercik api;
(e)
memastikan peledak hendaklah diangkut dalam bekas yang berasingan daripada bahan letupan lain;
(f)
memastikan bahawa bekas bahan letupan itu dikunci dan diikat bagi mengelakkan bahan letupan itu daripada terkeluar; dan
(g)
memastikan tiada bahan-bahan lain diangkut bersama-sama dengan bahan letupan.
Kewajipan tentang fius keselamatan