Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Pemegang lesen hendaklah mengambil segala tindakan perlu untuk memastikan bahawa pembedil hendaklah mematuhi butir-butir yang berikut:
(a)
panjang fius keselamatan yang digunakan dalam suatu operasi peletupan hendaklah tidak kurang daripada satu meter dan hendaklah mencukupi untuk membolehkan pembedil beredar ke tempat yang selamat tanpa terburu-buru;
(b)
suatu gelendong fius keselamatan tidak boleh digunakan melainkan jika kadar pembakaran fius itu adalah antara sembilan puluh dan satu ratus
14
sepuluh saat per meter sebagaimana yang telah ditentukan dengan membakar sampel sekurang-kurangnya 0.5 meter panjang; dan
(c)
apabila berbilang himpunan fius keselamatan hendak dinyalakan, suatu peranti nyalaan yang sesuai hendaklah digunakan.
Kewajipan tentang inisiasi elektrik