Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PENYATA PERANGKAAN) 2019

Seksyen 3

Maklumat penyata perangkaan

(a)

jenis mineral, bijih mineral dan hasil sampingan perlombongan yang dikeluarkan;

(b)

kuantiti buangan;

(c)

nilai, kuantiti dan gred mineral, bijih mineral dan hasil sampingan perlombongan yang dijual;

3

(d)

pembeli mineral, bijih mineral dan hasil sampingan perlombongan;

(e)

kuantiti stok mineral, bijih mineral dan hasil sampingan perlombongan;

(f)

royalti yang dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri;

(g)

kuantiti penggunaan tenaga;

(h)

kuantiti penggunaan tenaga kerja;

(i)

jenis dan kuantiti ejen bahan letupan dan ledakan yang digunakan di dalam kawasan perlombongan, jika berkenaan;

(j)

keputusan pemantauan efluen lombong, jika berkenaan;

(k)

keputusan pemantauan gegaran dan ledakan udara, jika berkenaan;

(l)

keputusan pemantauan pengalihudaraan lombong, jika berkenaan;

dan

(m)

pelaburan yang dibuat semasa aktiviti perlombongan, jika berkenaan.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), Penolong Pengarah boleh menghendaki pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu dengan menyampaikan suatu notis bertulis kepada pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus itu.

(3)

Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus yang telah disampaikan dengan notis di bawah subperaturan (2) hendaklah memberikan apa-apa maklumat yang dalam milikan atau kawalannya kepada

4

Penolong Pengarah dalam masa dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu.

Kesalahan

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PENYATA PERANGKAAN) 2019