Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Pesuruhjaya boleh membatalkan lesen yang diberikan di bawah
Peraturan-Peraturan ini jika syarikat tidak mematuhi syarat lesen.
(2)
Sebelum Pesuruhjaya membatalkan lesen, Pesuruhjaya hendaklah memberi syarikat itu suatu notis bertulis tentang niat untuk membatalkan lesen itu.
(3)
Pesuruhjaya boleh menghendaki syarikat untuk membuat representasi bertulis kepada Pesuruhjaya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis yang disebut dalam subperaturan (2).
(4)
Pesuruhjaya hendaklah—
(a)
selepas mempertimbangkan representasi bertulis yang dibuat oleh syarikat di bawah subperaturan (3); atau
(b)
jika tiada representasi bertulis dibuat oleh syarikat di bawah subperaturan (3), memutuskan sama ada untuk membatalkan lesen itu atau selainnya.
P.U. (A) 57 5
(5)
Pesuruhjaya hendaklah memberitahu syarikat tentang keputusan untuk membatalkan lesen itu.
Borang