Malaysia legislation

Section 12

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUKAN (TATACARA DALAMAN BAGI PENYELESAIAN PERTIKAIAN DALAM BADAN SUKAN) 2022

Seksyen 12

(1)

Setelah pendengaran aduan pertikaian selesai, jawatankuasa boleh membuat keputusan pada hari yang sama dan hendaklah menyampaikan keputusan secara bertulis kepada pemohon dan responden dalam tempoh tujuh hari dari tarikh keputusan dibuat.

(2)

Sekiranya keputusan tidak dibuat pada hari yang sama, keputusan hendaklah dibuat secara bertulis dan disampaikan kepada pemohon dan responden dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh pendengaran aduan pertikaian itu selesai didengar oleh jawatankuasa.

(3)

Apa-apa keputusan aduan pertikaian yang dibuat oleh jawatankuasa hendaklah dikemukakan kepada Pesuruhjaya dalam tempoh tiga puluh hari selepas keputusan itu dibuat.

Pertikaian yang tidak dapat diselesaikan