Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Notis pendengaran
(1)
Pengerusi jawatankuasa hendaklah, dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh jawatankuasa ditubuhkan, menetapkan suatu tarikh, masa dan tempat pendengaran aduan pertikaian.
(2)
Setiausaha jawatankuasa hendaklah mengeluarkan suatu notis pendengaran aduan pertikaian itu kepada pemohon dan responden, atau saksi yang dinamakan oleh pemohon dan responden, dan menyampaikan notis itu mengikut cara yang ditentukan oleh setiausaha jawatankuasa.
6
(3)
Bagi maksud pendengaran aduan pertikaian itu, setiausaha jawatankuasa hendaklah mengemukakan semua dokumen yang diterima di bawah peraturan 3 kepada pengerusi jawatankuasa.
Pendengaran