Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUKAN (TATACARA DALAMAN BAGI PENYELESAIAN PERTIKAIAN DALAM BADAN SUKAN) 2022

Seksyen 9

(1)

Jika pemohon, responden atau saksi yang dinamakan oleh pemohon dan responden tidak dapat hadir pada tarikh pendengaran aduan pertikaian kecuali dalam hal kecemasan, pemohon, responden atau saksi itu, hendaklah memberikan notis bertulis berkenaan ketidakhadirannya sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh pendengaran aduan pertikaian kepada setiausaha jawatankuasa dan jawatankuasa boleh meneruskan atau menangguhkan pendengaran aduan pertikaian itu.

(2)

Jika tiada notis bertulis di bawah subperaturan (1) diberikan dan—

(a)

pemohon tidak hadir dan responden hadir pada pendengaran aduan pertikaian, jawatankuasa boleh, jika berpuas hati bahawa notis di bawah subperaturan 7(2) telah disampaikan—

(i)

menangguhkan pendengaran aduan pertikaian itu ke suatu tarikh lain yang akan ditentukan oleh jawatankuasa; atau

(ii)

tidak meneruskan pendengaran dan menolak aduan pertikaian itu;

7

(b)

responden tidak hadir dan pemohon hadir pada pendengaran aduan pertikaian, jawatankuasa boleh, jika berpuas hati bahawa notis di bawah subperaturan 7(2) telah disampaikan—

(i)

menangguhkan pendengaran aduan pertikaian itu ke suatu tarikh lain yang akan ditentukan oleh jawatankuasa; atau

(ii)

meneruskan pendengaran aduan pertikaian itu dan membuat keputusan; dan

(c)

pemohon dan responden tidak hadir pada tarikh pendengaran aduan pertikaian, jawatankuasa boleh, jika berpuas hati bahawa notis di bawah subperaturan 7(2) telah disampaikan, tidak meneruskan pendengaran dan menolak aduan pertikaian itu.

Penangguhan pendengaran