Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2014

Seksyen 2

PTSKL bertanggungjawab, mengikut arahan dasar daripada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang—

(a)

untuk menyenggara daftar Panel Adjudikator PTSKL;

(b)

untuk menentukan kod kelakuan bagi adjudikator;

(c)

untuk menyediakan latihan dan menjalankan peperiksaan bagi adjudikator;

(d)

untuk menentukan fi bagi perkhidmatan dan perbelanjaan adjudikator;

(e)

untuk menerima dan memegang apa-apa fi dan perbelanjaan yang didepositkan oleh pihak-pihak dalam pertikaian bagi pihak seseorang adjudikator.

P.U. (A) 103 3

Panel Adjudikator PTSKL

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2014