Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN (PINDAAN) 2025

Seksyen 4

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 3 dengan peraturan yang berikut:

“Panel Adjudikator Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia 3.

(1)

Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia hendaklah menyenggara daftar Panel Adjudikator Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia.

(2)

Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia boleh mengeluarkan nama dan butir-butir lain adjudikator daripada Panel Adjudikator Pusat Timbang Tara

Antarabangsa Asia jika—

(a)

adjudikator itu membuat permohonan secara bertulis supaya namanya dikeluarkan daripada Panel Adjudikator

Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia; atau

(b)

adjudikator itu terhenti daripada memenuhi piawaian kewibawaan dan kriteria sebagai adjudikator sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 4.

(3)

Bagi maksud perenggan (2)(b), Pusat Timbang Tara Antarabangsa

Asia hendaklah memberitahu adjudikator sebelum nama dan butir-butir lain adjudikator itu dikeluarkan daripada Panel Adjudikator Pusat Timbang Tara

Antarabangsa Asia.”.

Pindaan peraturan 4

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN (PINDAAN) 2025