Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PEMEGANG AMANAH (PEMERBADANAN) 2025

Seksyen 3

Permohonan bagi perakuan pemerbadanan

(1)

Permohonan bagi perakuan pemerbadanan pemegang amanah sebagai pertubuhan perbadanan oleh pemegang amanah hendaklah dibuat kepada Menteri mengikut seksyen 4 Akta.

(2)

Permohonan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan pembayaran fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

(3)

Menteri boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi perakuan pemerbadanan—

(a)

meluluskan permohonan itu secara bertulis dan mengeluarkan perakuan pemerbadanan kepada pemegang amanah itu; atau

(b)

menolak permohonan itu secara bertulis.

(4)

Perakuan pemerbadanan yang dikeluarkan di bawah perenggan (3)(a)

adalah sah sehingga perakuan pemerbadanan itu dibatalkan di bawah seksyen 17 atau seksyen 18 Akta.

P.U. (A) 67 3

(5)

Fi yang disebut dalam subperaturan (2) hendaklah kena dibayar bagi tiap-tiap permohonan yang dikemukakan dan tidak boleh dibayar balik.

Permohonan bagi penukaran nama pertubuhan perbadanan

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PEMEGANG AMANAH (PEMERBADANAN) 2025