Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PEMEGANG AMANAH (PEMERBADANAN) 2025

Seksyen 4

(1)

Permohonan bagi penukaran nama pertubuhan perbadanan oleh pemegang amanah hendaklah dibuat kepada Menteri dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Permohonan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan pembayaran fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan dokumen sokongan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(3)

Menteri boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi penukaran nama pertubuhan perbadanan—

(a)

meluluskan permohonan itu secara bertulis dan mengeluarkan perakuan pemerbadanan yang baharu dalam bentuk sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada pemegang amanah selepas perakuan pemerbadanan terdahulu dikembalikan oleh pemegang amanah kepada Menteri; atau

(b)

menolak permohonan itu secara bertulis.

(4)

Perakuan pemerbadanan baharu yang dikeluarkan di bawah perenggan (3)(a) adalah sah sehingga perakuan pemerbadanan baharu itu dibatalkan di bawah seksyen 17 atau seksyen 18 Akta.

(5)

Fi yang disebut dalam subperaturan (2) hendaklah kena dibayar bagi tiap-tiap permohonan yang dikemukakan dan tidak boleh dibayar balik.

P.U. (A) 67 4

Daftar pemunya benefisial

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PEMEGANG AMANAH (PEMERBADANAN) 2025