Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PEMEGANG AMANAH (PEMERBADANAN) (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2025
Seksyen 3
(1)
Apabila menerima apa-apa maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan boleh dikompaun telah dilakukan, Pendaftar boleh, dengan keizinan bertulis
Pendakwa Raya yang disebut dalam subperaturan 2(2), mengeluarkan suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dalam Borang 2 Jadual Kedua.
(2)
Suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah sah bagi tempoh tiga puluh hari bermula dari tarikh tawaran itu diterima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat atau apa-apa tempoh lanjutan yang boleh diberikan oleh
Pendaftar secara bertulis, dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat dalam tempoh tiga puluh hari atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan itu, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.
P.U. (A) 68 3
Penyetujuterimaan kompaun