Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PEMEGANG PAJAK GADAI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2018

Seksyen 4

(1)

Apabila menerima maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan, Pendaftar atau mana-mana Inspektor yang diberi kuasa secara khusus dengan bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh

P.U. (A) 58 3

Pendaftar boleh mengeluarkan suatu Notis Tawaran untuk Mengkompaun Kesalahan dalam Borang 2 Jadual Kedua.

(2)

Tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah bagi tempoh empat belas hari, dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh empat belas hari itu, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.

(3)

Jika tiada pembayaran bagi kompaun yang telah ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (2), pendakwaan boleh dimulakan tanpa notis selanjutnya.

Pembayaran kompaun

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PEMEGANG PAJAK GADAI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2018