Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PEMEGANG PAJAK GADAI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2018

Seksyen 5

(1)

Jika suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia boleh membayar kompaun itu—

(a)

secara tunai dan bayaran itu hendaklah diserahkan sendiri kepada

Pendaftar;

(b)

melalui kiriman wang, kiriman wang pos, pesanan juruwang, pesanan bank atau draf bank yang kena dibayar kepada Pendaftar dan dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja”; atau

(c)

melalui pemindahan wang secara elektronik.

(2)

Jika pembayaran dibuat di bawah perenggan (1)(b), ia hendaklah diserahkan sendiri kepada Pendaftar atau dihantar melalui pos berdaftar ke alamat yang dinyatakan dalam Notis Tawaran untuk Mengkompaun Kesalahan dalam Borang 2

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN PEMEGANG PAJAK GADAI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2018