Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Pemeriksaan
(1)
Setiap banduan hendaklah diperiksa apabila dia diterima oleh pegawai pengiring daripada pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan, dan semua artikel larangan hendaklah diambil daripadanya.
(2)
Pemeriksaan seseorang banduan hendaklah dijalankan dengan mengambil kira kesopanan dan hormat kendiri, dan dengan cara yang selaras dengan keperluan untuk mencari apa-apa artikel larangan yang disembunyikan.
(3)
Seseorang banduan tidak boleh dilucutkan pakaiannya dan diperiksa di hadapan seorang banduan lain atau orang yang berlainan jantinanya.
(4)
Seseorang banduan tidak boleh diperiksa kecuali oleh pegawai penjara yang sama jantinanya dengan banduan yang akan diperiksa itu.
Perintah Tetap Komisioner Jeneral