Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta” ertinya Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012;
“artikel larangan”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 58(2) Akta Penjara 1995 [Akta 537];
“hukuman” ertinya hukuman pemenjaraan, dan hendaklah termasuk suatu perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah yang mengenakan suatu tempoh pemenjaraan;
“pegawai pengiring” ertinya mana-mana pegawai penjara yang diberi kuasa untuk mengiring seorang banduan oleh Komisioner Jeneral Penjara atau Pegawai yang
Menjaga;
P.U. (A) 179 4
“Pegawai yang Menjaga” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Penjara 1995;
“Perintah Tetap Komisioner Jeneral” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Penjara 1995.