Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Jagaan selamat bagi banduan yang dipindahkan
(1)
Seseorang pegawai pengiring hendaklah pada setiap masa bertanggungjawab bagi jagaan selamat seseorang banduan semasa banduan itu sedang dipindahkan sehingga banduan itu bersama-sama dengan semua dokumen yang berkaitan—
P.U. (A) 179 5
(a)
diserahkan kepada pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan dalam kes perpindahan ke suatu Negara asing yang ditetapkan; atau
(b)
diserahkan kepada Pegawai yang Menjaga suatu penjara dalam kes banduan yang diterima daripada pihak berkuasa berkenaan
Negara asing yang ditetapkan.
(2)
Banduan yang disebut dalam subperaturan (1) yang sedang dipindahkan dari suatu penjara ke suatu Negara asing yang ditetapkan atau dari suatu Negara asing yang ditetapkan ke suatu penjara, hendaklah, semasa berada di luar penjara, diletakkan di bawah jagaan dan hendaklah disifatkan sebagai berada dalam jagaan sah seorang pegawai pengiring.
(3)
Lebih daripada seorang pegawai pengiring boleh diberi kuasa untuk mengiring seorang banduan.
Banduan tidak boleh ditinggalkan tanpa jagaan