Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN PEMINDAHAN ANTARABANGSA BANDUAN 2016

Seksyen 8

(1)

Tiada banduan boleh, semasa dipindahkan di bawah Akta ini, ditinggalkan keseorangan tanpa seorang pegawai pengiring—

(a)

dari masa banduan itu bertolak dari penjara di mana dia sedang menjalani hukumannya sehingga dia diserahkan kepada pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan; atau

(b)

dari masa banduan itu diterima daripada pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan sehingga dia diserahkan kepada Pegawai yang Menjaga sesuatu penjara.

(2)

Tertakluk kepada Perintah Tetap Komisioner Jeneral, pegawai pengiring hendaklah menjaga dan menyelia semua perkara semasa dan yang berhubungan dengan pemindahan itu.

P.U. (A) 179 6

Banduan wanita