Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PAMERAN) 2013
Seksyen 3
Kehendak bagi permit
(1)
Tiada seorang pun boleh menjalankan pameran hidupan liar melainkan jika dia memegang suatu permit yang dikeluarkan di bawah perenggan 10(1)(c) Akta.
(2)
Tiada seorang pun boleh menggunakan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya bagi aktiviti pameran hidupan liar melainkan jika dia memegang suatu permit khas yang dikeluarkan di bawah perenggan 11(e) Akta.
(3)
Pengendali pameran hendaklah melantik seorang doktor veterinar sepanjang tempoh pameran dijalankan.
(4)
Aktiviti pameran hidupan liar hendaklah diadakan di premis yang dinyatakan dalam permit yang dikeluarkan di bawah peraturan ini.
Fi