Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PAMERAN) 2013
Seksyen 5
(1)
Hidupan liar yang dibenarkan untuk tujuan pameran bergerak adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
(2)
Pengendali pameran hendaklah memastikan hidupan liar yang dipamerkan itu —
(a)
boleh bergerak bebas dalam kurungan yang berukuran sesuai dan selesa;
P.U. (A) 138 4
(b)
ditempatkan dalam kurungan dalam bilangan yang bersesuaian dan tidak bersesak-sesak; dan
(c)
ditempatkan dalam kurungan yang mempunyai pengudaraan yang baik, semasa pameran dijalankan dan semasa pemindahan hidupan liar.
(3)
Pengendali pameran hendaklah memastikan bahawa kurungan dan peralatan yang digunakan untuk tujuan pameran hidupan liar itu disenggara secara berkala bagi tujuan keselamatan.
(4)
Pengendali pameran hanya boleh mengadakan pameran bergerak bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 14 hari di sesuatu lokasi pada satu-satu masa melainkan dengan kelulusan Ketua Pengarah.
Kurungan