Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PAMERAN) 2013
Seksyen 7
(1)
Pengendali pameran adalah bertanggungjawab untuk memastikan penjagaan kesihatan hidupan liar di bawah kendaliannya.
P.U. (A) 138 5
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), pengendali pameran hendaklah—
(a)
melantik seorang doktor veterinar;
(b)
menyediakan klinik veterinar di premis pameran tetap itu;
(c)
menanda dan merekodkan setiap kelahiran hidupan liar;
(d)
menyenggara dan menyimpan rekod mengenai semua perkara yang berhubung dengan pengurusan setiap hidupan liar;
(e)
menyenggara dan menyimpan rekod penjagaan kesihatan hidupan liar;
(f)
menyenggara dan menyimpan rekod pemakanan setiap hidupan liar; dan
(g)
melaporkan apa-apa kematian hidupan liar yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti penyakit kepada pihak berkuasa veterinar mengikut kehendak di bawah Akta Binatang 1953 [Akta 647].
(3)
Perenggan (2)(b) tidak terpakai bagi pengendali pameran bergerak.
(4)
Subperaturan (2) tidak terpakai bagi kelas insekta dan araknida.
Kawasan kuarantin