Malaysia legislation
Section 12
of PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PENGENDALIAN ZOO) 2012
Seksyen 12
Eutanasia
(1)
Eutanasia ke atas mana-mana hidupan liar di zoo hanya boleh dilakukan oleh doktor veterinar atau mana-mana orang lain di bawah seliaan doktor veterinar itu.
(2)
Eutanasia ke atas mana-mana hidupan liar boleh dilakukan jika doktor veterinar itu mendapati selepas pemeriksaan, hidupan liar itu mengalami kecederaan atau menghidapi penyakit yang tidak boleh disembuhkan atau atas apa-apa alasan lain yang doktor veterinar itu fikirkan perlu untuk menamatkan hayat hidupan liar itu.
Pertunjukan hidupan liar