Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PENGENDALIAN ZOO) 2012

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:

“Akta” ertinya Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716];

“doktor veterinar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Doktor

Veterinar 1974 [Akta 147];

“kurungan” termasuklah kawasan pameran hidupan liar dan kurungan malam;

“pengendali zoo” ertinya mana-mana individu, badan berkanun, syarikat, persatuan atau pihak berkuasa tempatan yang memiliki atau mengusahakan zoo;

“zoo” ertinya mana-mana kawasan atau premis yang menyimpan atau menempatkan hidupan liar sama ada untuk tujuan pemuliharaan, pendidikan, penyelidikan atau rekreasi, dan dibuka kepada umum.

P.U. (A) 36 4

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PENGENDALIAN ZOO) 2012