Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PENGENDALIAN ZOO) 2012
Seksyen 6
Kurungan
(1)
Kecuali bagi kelas insekta dan araknida, mana-mana pengendali zoo hendaklah menyediakan suatu kurungan yang bersesuaian bagi setiap spesies hidupan liar mengikut saiz sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
(2)
Kurungan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mempunyai reka bentuk yang sesuai dengan kelakuan semula jadi dan keperluan asas hidupan liar itu.
(3)
Reka bentuk kurungan yang disediakan oleh pengendali zoo itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah untuk kelulusan.
Kawasan kuarantin