Seksyen 9
Penjagaan kesihatan hidupan liar
of Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pengendalian Zoo) 2012
(1)
Pengendali zoo adalah bertanggungjawab untuk memastikan penjagaan kesihatan hidupan liar di zoo di bawah pengendaliannya.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), pengendali zoo hendaklah—
P.U. (A) 36 6
(a)
mengambil sekurang-kurangnya seorang doktor veterinar sepenuh masa untuk ditempatkan di zoo itu atau melantik seorang perunding doktor veterinar tetap jika tidak boleh berbuat demikian, tertakluk kepada subperaturan (4);
(b)
menyediakan klinik dan hospital veterinar di zoo itu;
(c)
memastikan bahawa bedah siasat dijalankan ke atas setiap hidupan liar yang mati dan direkodkan oleh doktor veterinar;
(d)
menanda dan merekodkan setiap kelahiran hidupan liar di zoo itu;
(e)
menyenggara dan menyimpan rekod mengenai semua perkara yang berhubungan dengan pengurusan setiap hidupan liar di zoo itu; dan
(f)
melaporkan kepada pihak berkuasa veterinar jika mana-mana hidupan liar dijangkiti atau disyaki dijangkiti oleh penyakit atau mati atau disyaki mati akibat penyakit, mengikut kehendak Akta
Binatang 1953 [Akta 647].
(3)
Perenggan 9(2)(a) hingga (d) tidak terpakai bagi kelas insekta dan araknida.
(4)
Pengendali zoo hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis Ketua
Pengarah sebelum melantik mana-mana perunding doktor veterinar tetap yang disebut dalam perenggan (2)(a) dan apa-apa perubahan mengenai pelantikan itu.