Skip to content

Seksyen 3

Fi

of Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Fi bagi Ujian Pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020

P.U. (A)In forceProvision 3 of 5
Seksyen 3

(1)

Mana-mana warganegara atau orang asing yang memasuki Malaysia dari luar negara hendaklah membayar fi yang dinyatakan dalam ruang (2) atau (3) Jadual, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan jenis ujian pengesanan

COVID-19 yang dinyatakan dalam ruang (1) sebagaimana yang ditentukan di bawah peraturan 4 sebelum mendapatkan pelepasan imigresen di mana-mana pintu masuk.

P.U. (A) 190 3

(2)

Mana-mana warganegara atau orang asing yang berada di Malaysia boleh meminta untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 di mana-mana hospital Kerajaan atau mana-mana tempat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah sebagai tempat menjalankan ujian pengesanan COVID-19, dan hendaklah membayar fi yang dinyatakan dalam ruang (2) atau (3) Jadual, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan jenis ujian pengesanan COVID-19 yang dinyatakan dalam ruang (1)

sebagaimana yang ditentukan di bawah peraturan