Skip to content

Seksyen 3

Peraturan 3 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

of Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Fi bagi Ujian Pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) (No. 2) 2020

P.U. (A)In forceProvision 3 of 6
Seksyen 3

(a)

dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “ditentukan oleh Ketua Pengarah” dengan perkataan “diuruskan oleh Kerajaan”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subperaturan

(2)

subperaturan yang berikut:

“(3)

Jika majikan yang mengambil kerja pekerja asing diarahkan oleh pegawai diberi kuasa untuk menyebabkan pekerja asingnya menjalani ujian pengesanan COVID-19 dan majikan memilih supaya pekerja asingnya menjalani ujian itu di mana-mana hospital Kerajaan atau mana-mana tempat yang diuruskan oleh Kerajaan sebagai tempat menjalankan ujian pengesanan COVID-19, majikan bagi pekerja asing itu hendaklah membayar fi yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual berhubung dengan jenis ujian pengesanan COVID-19 yang dinyatakan dalam ruang (1) sebagaimana yang ditentukan di bawah peraturan 4.”.

Peraturan baharu 6 dan 7