Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Kawalan pergerakan dan perhimpunan
(a)
untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi;
(b)
untuk bergerak ke atau dari mana-mana premis yang disebut dalam peraturan 5;
(c)
untuk membeli, membekalkan atau menghantar makanan atau keperluan harian;
(d)
untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan;
atau
(e)
apa-apa maksud khas lain sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua
Pengarah.
(2)
Tiada seorang pun boleh berhimpun atau terlibat dalam mana-mana perhimpunan di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan sama ada bagi maksud keagamaan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan.
(3)
Walau apa pun subperaturan (2), seseorang boleh berhimpun atau terlibat dalam suatu perhimpunan bagi maksud upacara pengebumian dengan syarat bahawa bilangan orang yang hadir ke upacara itu berada pada tahap minimum.
(4)
Tiada seorang pun boleh bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain kecuali dengan kebenaran bertulis pegawai polis yang menjaga balai polis terlebih dahulu.
Kehendak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia