Skip to content

Seksyen 5

Perkhidmatan perlu

of Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020

P.U. (A)In forceProvision 5 of 7
Seksyen 5
(1)

Mana-mana premis yang menyediakan perkhidmatan perlu boleh dibuka dengan syarat bahawa bilangan kakitangan dan pengunjung di premis itu berada pada tahap minimum.

(2)

Mana-mana premis yang tidak menyediakan perkhidmatan perlu boleh dibuka dengan syarat bahawa pemilik atau penghuni premis itu mendapatkan kebenaran bertulis Ketua Pengarah terlebih dahulu dan Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

785

(3)

Mana-mana premis yang terlibat dalam rantaian pembekalan makanan atau dalam penjualan makanan dan minuman secara pandu lalu, bawa pulang dan penghantaran boleh dibuka tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah sebagaimana yang difikirkannya patut.