Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) 2020

Seksyen 7

Kesalahan

(2)

Jika suatu kesalahan dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang, pada masa berlakunya kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak dalam apa-apa kapasiti atau yang mengikut apa-apa cara atau apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau telah membantu dalam pengurusan itu—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira sifat fungsinya dalam kapasiti itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah melakukan usaha yang sewajarnya bagi mencegah berlakunya kesalahan itu.

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) 2020