Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Pengangkutan awam
Walau apa pun jumlah kapasiti maksimum bilangan penumpang yang boleh dibawa di dalam mana-mana pengangkutan awam darat, laut atau udara, seseorang pemegang lesen atau permit mana-mana pengangkutan awam darat, laut atau udara untuk membawa penumpang hendaklah memastikan pengangkutan awam yang berhubungan dengan lesen atau permitnya membawa bilangan penumpang tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.