Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Tiada seorang pun boleh bergerak dari satu daerah ke daerah yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain kecuali bagi maksud di bawah subperaturan (2).
(2)
Tertakluk kepada peraturan 5, seseorang boleh bergerak dari satu daerah ke daerah yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud yang berikut:
(a)
untuk membekalkan atau menghantar makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian;
(b)
untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan;
(c)
untuk bekerja;
(d)
untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi, tugas kehakiman atau apa-apa tugas lain yang dibenarkan oleh seseorang pegawai diberi kuasa;
P.U. (A) 225 4
(e)
untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mana-mana orang yang terjejas kerana apa-apa bencana alam; atau
(f)
untuk menghadiri pembelajaran di mana-mana institusi pembelajaran atau untuk melaksanakan apa-apa tugas di mana-mana institusi pembelajaran.
(3)
Seseorang boleh bergerak di dalam daerah yang terletaknya kediaman orang itu tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.
Syarat-syarat bagi pergerakan